Kemudahan Perubatan

 2 4. Kerajaan dalam Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) juga bersetuju agar kemudahan pemberian vaksin dan kemudahan pemeriksaan kesihatan diperuntukkan kepada pegawai awam atas asas keperluan perkhidmatan. PELAKSANAAN 5. Kemudahan perubatan kepada pegawai-pegawai dan keluarga mereka yang jatuh sakit layak diberi kemudahan perubatan percuma di hospital/klinik Kerajaan. Sekiranya kemudahan tidak dapat diperolehi di klinik/hospital Kerajaan, kemudahan perubatan boleh diperolehi di klinik/hospital swasta atas tanggungan Kerajaan mengikut peraturan berkuat kuasa seperti berikut: i. Perbelanjaan bagi pembekalan ubat; ii. Perbelanjaan bagi pembekalan alat; iii. Perbelanjaan bagi perkhidmatan perubatan; iv. Perbelanjaan bagi rawatan penyakit buah pinggang; v. Perbelanjaan bagi rawatan kemandulan; vi. Perbelanjaan bagi rawatan kepakaran; vii. Perbelanjaan bagi rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) Sdn. Bhd.; viii. Perbelanjaan bagi rawatan kecemasan; dan ix. Perbelanjaan bagi rawatan luar negeri. 6. Kemudahan perubatan kepada pegawai-pegawai atas asas keperluan perkhidmatan layak diberi di klinik/hospital Kerajaan. Sekiranya kemudahan tidak dapat diperolehi di klinik/hospital Kerajaan, kemudahan perubatan tersebut boleh diperolehi di klinik/hospital swasta atas tanggungan Kerajaan mengikut peraturan berkuat kuasa seperti berikut: i. Perbelanjaan bagi kemudahan pemberian vaksin; dan ii. Perbelanjaan bagi kemudahan pemeriksaan kesihatan. 7. Peraturan mengenai pelaksanaan kemudahan perubatan dalam Perkhidmatan Awam diperincikan melalui tujuh (7) perkara seperti berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy