Kemudahan Perubatan

 82 iii) sekiranya keperluan pemeriksaan kesihatan tersebut tidak dinyatakan dalam mana-mana akta/peraturan yang berkuat kuasa, tetapi Ketua Jabatan mendapati bahawa terdapat keperluan organisasi, maka Ketua Jabatan hendaklah mendapatkan perakuan Ketua Perkhidmatan; iv) Ketua Jabatan memberikan arahan kepada pegawai untuk menjalani pemeriksaan kesihatan; v) pegawai hendaklah menjalani pemeriksaan kesihatan di fasiliti kesihatan Kerajaan; vi) sekiranya kemudahan pemeriksaan kesihatan yang diperlukan tidak dapat diperoleh di fasiliti kesihatan Kerajaan, kemudahan tersebut boleh diperoleh di fasiliti kesihatan swasta atas tanggungan Kerajaan tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat berikut: a) mengemukakan permohonan tuntutan perbelanjaan kepada Ketua Jabatan menggunakan Borang Perubatan 1/09 seperti di Lampiran SR.2.1.1(J); b) Ketua Jabatan boleh membuat pertimbangan untuk meluluskan permohonan pegawai berdasarkan peraturanperaturan berkuat kuasa; dan c) kadar tuntutan adalah berdasarkan kadar sebenar bagi pemeriksaan kesihatan atas asas keperluan perkhidmatan sahaja. Sekiranya pegawai menjalani pemeriksaan kesihatan bukan atas asas keperluan perkhidmatan, maka kos tersebut hendaklah ditanggung sendiri oleh pegawai. Tanggungjawab Ketua Jabatan 8. Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memastikan perkara-perkara berikut dilaksanakan dengan teratur: i) syarat-syarat pelaksanaan sebagaimana yang ditetapkan dalam Ceraian ini dipatuhi;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy