81 PELAKSANAAN Tafsiran 5. Dalam Ceraian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain: i) “fasiliti kesihatan Kerajaan” bermaksud sebarang hospital Kerajaan dan termasuk mana-mana hospital universiti, hospital tentera, rumah sakit angkatan tentera, klinik-klinik Kerajaan dan lain-lain yayasan perubatan Persekutuan. ii) “fasiliti kesihatan swasta” bermaksud mana-mana klinik/hospital swasta yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Kelayakan 6. Kemudahan Pemeriksaan Kesihatan Atas Asas Keperluan Perkhidmatan layak diperuntukkan kepada: i) pegawai yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak (contract of service); dan ii) pegawai terlibat dengan tugas yang menetapkan syarat pemeriksaan kesihatan untuk melakukan tugasan. Syarat-syarat 7. Pegawai layak diberikan kemudahan pemeriksaan kesihatan atas asas keperluan perkhidmatan tertakluk kepada syarat-syarat berikut: i) terhad kepada diri pegawai sahaja; ii) keperluan menjalani pemeriksaan kesihatan adalah disebabkan keperluan perkhidmatan/keperluan melaksanakan tugas seperti yang ditetapkan oleh mana-mana akta/peraturan berkuat kuasa yang secara khusus mensyaratkan pemeriksaan kesihatan untuk melaksanakan tugas rasmi pegawai;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy