Kemudahan Perubatan

 28 SR.2.5.1 (iii) menggunakan peralatan pemeriksaan kesihatan yang dibeli sendiri oleh pegawai; (a) sekiranya berkemampuan, pegawai boleh membeli dan menyelenggara peralatan pemeriksaan kesihatan atas tanggungan pegawai sendiri; dan (b) melaksanakan SKK secara kendiri dengan mengikuti panduan yang telah disediakan bersama peralatan pemeriksaan kesihatan berkenaan bagi memastikan pengendalian dan pelaksanaan SKK yang teratur dan selamat. 12. Pegawai adalah tidak dibenarkan menuntut apa-apa elaun dan kemudahan bagi tujuan SKK ini. 13. Pegawai hendaklah mengisytiharkan hasil pelaksanaan SKK di Sistem HRMIS melalui ruangan Saringan Kesihatan Kendiri di bawah Subfungsi Kesihatan, Fungsi Kemaskini Rekod Peribadi, Submodul Rekod Peribadi, Modul Pengurusan Rekod Peribadi. Pegawai boleh membuat perbandingan umum SKK dengan menyemak jadual bacaan yang terdapat di HRMIS. Perbandingan bacaan dapat membantu pegawai mengambil tindakan selanjutnya. 14. Sekiranya hasil SKK yang direkodkan menunjukkan bacaan yang tidak normal berdasarkan panduan yang diberikan, pegawai adalah dinasihatkan untuk segera mendapatkan pengesahan status kesihatan oleh pengamal perubatan berdaftar untuk khidmat nasihat dan rawatan selanjutnya. 15. Ketua Jabatan boleh melaksanakan pemantauan berkala terhadap perisytiharan SKK oleh pegawai di bawah seliaannya bagi memastikan inisiatif ini mencapai matlamatnya. B. PEMERIKSAAN KESIHATAN KOMPREHENSIF 16. Sebagai usaha untuk memastikan kesihatan semua pegawai berada di tahap yang memuaskan, Kerajaan telah menetapkan pegawai yang berumur 40 tahun dan ke atas adalah digalakkan menjalani Pemeriksaan Kesihatan Komprehensif (PKK) dari semasa ke semasa. Bagi menyokong pelaksanaan inisiatif ini, Ketua Jabatan sewajarnya mempromosikan PKK secara berkala kepada semua pegawai di bawah seliaannya yang telah mencapai umur 40 tahun dan ke atas.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy