23 SR.2.4.1 ii) memastikan pegawai mengemukakan salinan sijil perlindungan insurans perjalanan, sebelum pegawai boleh dibenarkan ke luar negara atas urusan persendirian; iii) menyemak dan memastikan pegawai yang memilih perlindungan insurans perjalanan secara tahunan atau pakej berkelompok memenuhi syarat-syarat seperti di perenggan 6; iv) menyemak tarikh urusan persendirian yang dimohon oleh pegawai adalah termasuk dalam tempoh perlindungan insurans perjalanan; v) membuat bayaran balik premium perlindungan insurans perjalanan berdasarkan kadar seperti di Lampiran SR.2.4.1(B) mengikut keadaan seperti berikut: (a) berdasarkan amaun sebenar yang dibayar oleh pegawai, sekiranya kadar premium adalah sama atau lebih rendah daripada kadar di Lampiran SR.2.4.1(B); atau (b) berdasarkan kadar premium seperti di Lampiran SR.2.4.1(B) walaupun amaun sebenar yang dibayar adalah lebih tinggi daripada kadar di Lampiran SR.2.4.1(B); atau (c) sekiranya pegawai yang memilih perlindungan insurans perjalanan secara tahunan atau pakej berkelompok, amaun bayaran balik premium adalah terhad bagi kadar bayaran satu (1) orang sahaja sekali dalam tahun kalendar yang sama tertakluk kepada perenggan (a) atau (b) di atas; vi) mendapatkan kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia mengenai perbezaan kos seperti yang dinyatakan pada perenggan 6(viii) Ceraian ini dan membayar kepada pihak yang menuntut; dan vii) merekodkan kelulusan perlindungan insurans perjalanan dalam Buku Perkhidmatan Pegawai.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy