Kemudahan Perubatan

 22 SR.2.4.1 Tanggungjawab Pegawai 6. Pegawai hendaklah: i) mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan/Ketua Perwakilan untuk ke luar negara/negara ketiga atas urusan persendirian seperti ditetapkan dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012, Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2014 atau pindaan dari semasa ke semasa; ii) mengemukakan salinan sijil perlindungan insurans perjalanan kepada Ketua Jabatan, sebelum pegawai memulakan perjalanan ke luar negara; iii) memastikan had amaun perlindungan insurans perjalanan memenuhi amaun yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti di Lampiran SR.2.4.1(A); dan iv) mengemukakan permohonan tuntutan bayaran balik (reimbursement) menggunakan Borang Tuntutan Bayaran Balik Premium Perlindungan Insurans Perjalanan seperti dalam Lampiran SR.2.4.1(C) serta mengemukakan resit asal. 7. Bagi lawatan persendirian yang lain dalam tahun kalendar yang sama yang mana perlindungan insurans perjalanan tidak ditanggung oleh Kerajaan, pegawai diwajibkan mengambil perlindungan insurans perjalanan atas tanggungan sendiri sebelum boleh dibenarkan ke luar negara atas urusan persendirian. 8. Pegawai yang memilih perlindungan insurans perjalanan secara tahunan atau melalui pakej berkelompok boleh mengemukakan permohonan tuntutan bayaran balik (reimbursement), tertakluk kepada kadar bayaran satu (1) orang sahaja dan satu (1) perjalanan sahaja dalam tahun kalendar yang sama. Tanggungjawab Ketua Jabatan/Ketua Perwakilan 9. Ketua Jabatan/Ketua Perwakilan hendaklah: i) memastikan pegawai mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan/Ketua Perwakilan untuk ke luar negara/negara ketiga atas urusan persendirian seperti ditetapkan dalam Surat Pekeliling Am Bilangan 3 Tahun 2012, Surat Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2014 dan pindaan dari semasa ke semasa;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy