Kemudahan Perubatan

 21 SR.2.4.1 Pegawai yang Layak 4. Kemudahan perlindungan insurans perjalanan atas urusan persendirian diperuntukkan kepada pegawai yang dilantik secara tetap, sementara atau kontrak (contract of service). Pelaksanaan Kemudahan Perlindungan Insurans Perjalanan 5. Pelaksanaan kemudahan perlindungan insurans perjalanan bagi pegawai untuk ke luar negara/negara ketiga atas urusan persendirian adalah seperti yang berikut: i) terhad kepada diri pegawai sahaja; ii) meliputi perbelanjaan perubatan, hospital dan rawatan di luar negara/negara ketiga; iii) pegawai membeli sendiri perlindungan insurans perjalanan daripada manamana syarikat berlesen yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia; iv) pegawai boleh membuat tuntutan bayaran balik (reimbursement) premium kepada Ketua Jabatan; v) kemudahan perlindungan insurans perjalanan ditanggung oleh Kerajaan terhad kepada sekali dalam setiap tahun kalendar; vi) had amaun perlindungan insurans perjalanan yang wajib diambil oleh pegawai adalah seperti di Lampiran SR.2.4.1(A); vii) kadar premium yang ditanggung oleh Kerajaan adalah seperti di Lampiran SR.2.4.1(B); viii) sekiranya kos sebenar bagi rawatan, pengurusan jenazah dan pengangkutan kecemasan melebihi daripada had amaun perlindungan insurans perjalanan yang ditetapkan oleh Kerajaan, perbezaan kos akan ditanggung oleh Kerajaan tertakluk pada kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia; dan ix) tempoh perlindungan insurans perjalanan tidak melebihi 31 hari mulai tarikh perjalanan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy