Kemudahan Perubatan

 37 Tatacara Permohonan Perbelanjaan 3. Permohonan perbelanjaan bagi pembekalan rawatan kecemasan yang diperolehi di hospital/klinik/agensi swasta adalah dilaksanakan mengikut tatacara berikut: i) mendapat rawatan di hospital/klinik swasta yang paling hampir dengan tempat kejadian kecemasan kerana tiada hospital/klinik Kerajaan yang lebih hampir dengan tempat kejadian kecemasan tersebut; dan ii) rawatan yang diperolehi merupakan rawatan yang diperlukan secara sertamerta dan tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan nyawa pesakit (life-threatening); dan iii) perakuan keperluan kemudahan perubatan dan pengesahan oleh Pakar Perubatan hospital/klinik swasta mengenai perkara di perenggan (ii) di atas; dan iv) permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan 2/09 seperti di Lampiran 2.1.1(K); dan v) permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy