8-2 Jadual 5: Kelayakan Wad Hospital Swasta Kumpulan Perkhidmatan Kelas Wad Hospital Swasta Pengurusan Tertinggi Kelas Satu Bilik Seorang (Bilik Biasa) Pengurusan dan Profesional Kelas Satu Bilik Dua Orang Sokongan Kelas Satu Bilik Empat Orang dan d) sekiranya bayaran makanan dan bayaran wad dicaj secara bersekali, kos yang akan ditanggung oleh Kerajaan bagi maksud bayaran makanan dan bayaran wad adalah sebanyak 80% daripada jumlah keseluruhan bayaran makanan dan bayaran wad tersebut. iv) kos yang ditanggung oleh pegawai/pesara adalah seperti berikut: a) bayaran wad yang melebihi daripada kelayakan seperti yang ditetapkan di Jadual 5 di atas; b) bayaran makanan sebanyak 20% sekiranya ia dicaj secara berasingan daripada bayaran wad; c) bayaran wad sebanyak 20% sekiranya ia dicaj secara berasingan dengan bayaran makanan berdasarkan kelayakan seperti yang ditetapkan di Jadual 5 di atas; d) sekiranya bayaran makanan dan bayaran wad dicaj secara bersekali, kos yang akan ditanggung oleh pegawai/pesara bagi maksud bayaran makanan dan bayaran wad adalah sebanyak 20% daripada jumlah keseluruhan bayaran makanan dan bayaran wad tersebut; dan e) bayaran-bayaran lain seperti bayaran makanan di luar daripada komponen caj wad yang biasa, telefon, dobi, caj katil kepada pengiring dan sebagainya. dan v) permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan hendaklah disertakan dengan laporan klinikal terperinci daripada pakar perubatan hospital/klinik swasta yang merawat pesakit.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy