Kemudahan Perubatan

8-1  LAMPIRAN SR.2.1.1(H) PANDUAN PERMOHONAN PERBELANJAAN BAGI RAWATAN KECEMASAN TUJUAN 1. Panduan ini bertujuan untuk melaksanakan peraturan permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan yang diperolehi oleh pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan. Syarat-syarat Dan Peraturan-peraturan Umum 2. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan umum bagi permohonan perbelanjaan untuk rawatan kecemasan adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan bagi rawatan kecemasan di hospital/klinik swasta yang berhampiran dengan tempat kejadian kecemasan boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa rawatan yang diperolehi adalah merupakan rawatan yang diperlukan secara serta-merta dan tidak boleh dilengahkan bagi menyelamatkan nyawa pesakit (life-threatening) dan status kecemasan berkenaan hendaklah disahkan oleh pakar perubatan hospital/klinik swasta yang merawat pesakit; ii) sekiranya jarak di antara tempat kejadian kecemasan dengan hospital/klinik swasta dan hospital/klinik Kerajaan adalah sama, pesakit hendaklah mendapatkan rawatan di hospital/klinik Kerajaan; iii) kos yang ditanggung oleh Kerajaan adalah seperti berikut: a) kos rawatan bagi tempoh kecemasan sehingga tempoh pesakit stabil dan boleh dipindahkan ke hospital/klinik Kerajaan; b) bayaran makanan sebanyak 80% sekiranya ia dicaj secara berasingan daripada bayaran wad; c) bayaran wad sebanyak 80% sekiranya ia dicaj secara berasingan dengan bayaran makanan berdasarkan kelayakan seperti yang ditetapkan di Jadual 5 berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy