Kemudahan Perubatan

7-2  4. Selaras hasrat mengutamakan kebajikan pegawai Perkhidmatan Awam, pelaksanaan berkaitan permohonan perbelanjaan kemudahan rawatan perubatan di IJNSB adalah seperti berikut: i) bagi pegawai/pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, ibu bapa pegawai dan ahli keluarga yang berkelayakan, permohonan perbelanjaan kemudahan tersebut akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia; ii) bagi pegawai/pesara Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, ibu bapa pegawai dan ahli keluarga yang berkelayakan, permohonan perbelanjaan kemudahan tersebut akan dipertimbangkan dan diluluskan oleh Ketua Jabatan masing-masing; iii) IJNSB hendaklah mengemukakan tuntutan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia atau Ketua Jabatan pegawai/pesara bagi perbelanjaan kemudahan rawatan perubatan di bawah tanggungan masing-masing; dan iv) penggunaan Borang Tuntutan 1/09 seperti di Lampiran SR.2.1.1(J) adalah tidak terpakai bagi kemudahan perubatan yang diperoleh di IJNSB sahaja. Tatacara Permohonan 5. Permohonan perbelanjaan bagi rawatan di Institut Jantung Negara Sdn. Bhd. (IJNSB) adalah dilaksanakan mengikut tatacara berikut: i) mendapat rawatan di hospital/klinik Kerajaan atau swasta; dan ii) dirujuk oleh Pakar Perubatan Umum (Physician)/ Pakar Kardiologi/ Pakar Kecemasan di hospital/ klinik Kerajaan atau swasta untuk ke IJNSB; dan iii) permohonan hendaklah mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia; dan iv) permohonan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia atau Ketua Jabatan pegawai/pesara bagi perbelanjaan kemudahan rawatan perubatan di bawah tanggungan masing-masing.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy