Kemudahan Perubatan

 30 LAMPIRAN SR.2.1.1(F) PANDUAN PERMOHONAN PERBELANJAAN BAGI RAWATAN KEPAKARAN TUJUAN 1. Panduan ini bertujuan untuk melaksanakan peraturan permohonan perbelanjaan bagi rawatan kepakaran yang diperolehi oleh pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan. Syarat-syarat Dan Peraturan-peraturan Umum 2. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan umum bagi permohonan perbelanjaan untuk rawatan kepakaran adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan bagi rawatan kepakaran di hospital swasta boleh dipertimbangkan tertakluk kepada syarat bahawa: a) keperluan rawatan kepakaran diperakukan oleh Pakar Perubatan Kerajaan; dan b) Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia mengesahkan rawatan kepakaran yang diperlukan tidak dapat dibekal/disediakan oleh hospital Kerajaan. ii) kos yang ditanggung oleh Kerajaan adalah seperti berikut: a) kos rawatan di hospital; b) bayaran makanan sebanyak 80% sekiranya ia dicaj secara berasingan daripada bayaran wad; c) bayaran wad sebanyak 80% sekiranya ia dicaj secara berasingan dengan bayaran makanan berdasarkan kelayakan seperti yang ditetapkan di Jadual 4 berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy