Kemudahan Perubatan

 28 LAMPIRAN SR.2.1.1(E) PANDUAN PERMOHONAN PERBELANJAAN BAGI RAWATAN KEMANDULAN TUJUAN 1. Panduan ini bertujuan untuk melaksanakan peraturan permohonan perbelanjaan bagi rawatan kemandulan yang diperolehi oleh pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan serta ahli keluarga mereka yang berkelayakan. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan umum 2. Syarat-syarat dan peraturan-peraturan bagi permohonan perbelanjaan untuk rawatan kemandulan adalah ditetapkan seperti berikut: i) permohonan perbelanjaan bagi rawatan kemandulan yang dibenarkan adalah rawatan yang bertujuan untuk mengatasi primary infertility sahaja, iaitu bagi pegawai/pasangan yang tidak pernah mengandung dan menghadapi kesukaran untuk mengandung; ii) permohonan perbelanjaan bagi rawatan kemandulan seperti berikut adalah tidak dibenarkan: a) rawatan untuk menjalani proses mengandung secara bukan semulajadi seperti proses In Vitro Fertilisation (IVF), Gamete IntraFallopian Transfer (GIFT), Intra Cytoplasmic Sperm Injection (ICSI) dan sebagainya; dan b) rawatan untuk mengatasi secondary infertility iaitu: (1) pegawai/pasangan sudah pun mempunyai anak tetapi gagal mendapat anak yang kedua atau seterusnya; dan (2) pegawai/pasangan pernah mengandung tetapi telah mengalami keguguran. dan

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy