Kemudahan Perubatan

 11 (a) anak pegawai tamat/ berhenti/ diberhentikan daripada pengajian Ijazah Pertama itu; atau (b) anak pegawai berkahwin tanpa mengambil kira had umur/ tahap pengajian; atau (c) anak pegawai mencapai umur 26 tahun. 5. Kemudahan perubatan ini adalah dibenarkan kepada ibu bapa yang sah kepada pegawai dan pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan, tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat dan peraturan-peraturan seperti berikut: i) pemberian kemudahan perubatan yang dibenarkan adalah terhad kepada ibu bapa yang sah bagi pegawai yang tertakluk di bawah Sistem Saraan Baru dan Sistem Saraan Malaysia sahaja; ii) maklumat peribadi mengenai ibu bapa yang sah yang layak diberi kemudahan perubatan yang dibenarkan di bawah Perintah Am Bab F Tahun 1974 dan Ceraian ini hendaklah dimaklumkan secara rasmi kepada Ketua Jabatan dan dicatatkan di muka surat tiga (3) dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai mengikut format seperti berikut: Nama Bapa kandung/ Tiri/ Angkat : No. Kad Pengenalan : Nama Ibu kandung/ Tiri/ Angkat : No. Kad Pengenalan : iii) sebarang perubahan berkaitan dengan perenggan (ii) di atas hendaklah dimaklumkan semula secara rasmi kepada Ketua Jabatan; iv) pemberian kemudahan perubatan yang dibenarkan adalah terhad kepada ibu bapa yang sah yang bermastautin di Malaysia sahaja; v) surat pengesahan daripada Ketua Jabatan seseorang pegawai sama ada seperti mengikut penetapan di dalam Ceraian SR.2.3.1 atau melalui aplikasi elektronik (contoh: aplikasi Human Resource Management Information System [HRMIS]) hendaklah dikemukakan kepada pihak hospital/klinik.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy