9 iii) “keluarga pegawai” adalah merujuk kepada tafsiran sebagaimana yang ditetapkan dalam Perintah Am 1 (iii) Bab F Tahun 1974 dengan penambahbaikan seperti berikut: “bagi pegawai lelaki, isteri dan anak-anaknya; dan bagi pegawai perempuan, suami dan anak-anaknya. Di mana ada disebutkan mengenai rawatan percuma yang boleh diberi kepada keluarga seseorang pegawai, maka anak-anak yang berkelayakan ialah anak-anak yang ditanggung sepenuhnya oleh pegawai yang berumur di bawah 18 tahun; atau sekiranya masih mendapat pendidikan, tidak melebihi peringkat Ijazah Pertama atau tidak melebihi umur 26 tahun mana yang terdahulu. Walau bagaimanapun bagi anak-anak yang daif yang disebabkan oleh kelemahan otak atau jasmani, had-had umur ini tidak akan dipakai. Istilah ‘anak’ akan termasuk juga anak-anak tiri dan anak-anak angkat yang diambil mengikut undang-undang. Untuk tujuan pemberian rawatan percuma ini, balu akan dianggap sebagai keluarga pegawai selagi tidak berkahwin semula.” iv) “Ketua Jabatan” bermakna seseorang yang mengetuai sesuatu jabatan atau Ketua Perkhidmatan, mengikut mana-mana yang berkenaan. Bagi maksud untuk melaksanakan pemberian kemudahan perubatan yang diperuntukkan di bawah Perintah Am Bab F Tahun 1974 dan Ceraian ini, Ketua Jabatan untuk pesara Perkhidmatan Awam Persekutuan ialah Pengarah Bahagian Pencen, Jabatan Perkhidmatan Awam; v) “pegawai” adalah merujuk kepada tafsiran sebagaimana yang ditetapkan dalam Perintah Am 1 (vi) Bab F Tahun 1974 seperti berikut: “mana-mana pegawai atau pesara dalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia atau mana-mana Negeri”.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy