26 7. Komponen bagi Pakaian Jubah Mahkamah adalah seperti berikut: a) Jubah (Gown); b) Baju Putih (White Shirt); c) Bib; dan d) Wing Collar. Syarat-Syarat 8. Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Syariah yang layak Kemudahan Bantuan Pakaian Jubah Mahkamah ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: a) kemudahan ini diberi sekali dalam tempoh tiga (3) tahun. Tuntutan berikutnya hanya dibenarkan selepas tiga (3) tahun daripada tarikh kelulusan sebelumnya; b) tuntutan bayaran balik perbelanjaan hendaklah disokong dengan resit pembelian; dan c) pemberian kemudahan ini hendaklah dicatatkan di dalam Buku Perkhidmatan pegawai. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 9. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk menentukan hanya pegawai yang layak sahaja diberi kemudahan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan serta mematuhi tatacara kewangan yang berkuat kuasa dan peruntukan kewangan jabatan yang mencukupi. PEMBATALAN 10. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, surat seperti di bawah adalah dibatalkan. a) Surat kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia 0.8249/8 JD.4 SEM/(45): Elaun Pakaian Seragam (Istiadat) Bagi Pegawai Perundangan dan Kehakiman bertarikh 3 Disember 1984;
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy