Kemudahan Pakaian Dalam Perkhidmatan Awam

25  CERAIAN SR.1.1.6 KEMUDAHAN BANTUAN PAKAIAN JUBAH MAHKAMAH TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan Kemudahan Bantuan Pakaian Jubah Mahkamah kepada pegawai Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan yang layak. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah memperuntukkan Elaun Pakaian Seragam (Istiadat) kepada pegawai Perundangan dan Kehakiman melalui surat kelulusan Kementerian Kewangan Malaysia 0.8249/8 JD.4 SEM/(45) bertarikh 3 Disember 1984 sebagai bantuan ke atas kos menyediakan pakaian bagi menghadiri perbicaraan di mahkamah dan penambahbaikan kadar telah dilaksanakan melalui Surat Kelulusan JPA(S)1852/2A (SV8) bertarikh 31 Oktober 2002. 3. Kemudahan ini kemudiannya dipanjangkan kepada skim perkhidmatan Pegawai Syariah yang memakai pakaian Istiadat [jubah (gown), baju putih, bib dan wing collar] melalui Surat Kelulusan JPA(S)1852/2A/Klt.7(22) bertarikh 17 September 2004. 4. Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 - Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, Kerajaan bersetuju untuk memperkemaskan pemberian kemudahan ini dan menjenamakan semula kepada Kemudahan Bantuan Pakaian Jubah Mahkamah. PELAKSANAAN Kelayakan 5. Kemudahan Bantuan Pakaian Jubah Mahkamah ini diperuntukkan kepada pegawai dari skim perkhidmatan Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Syariah yang bertugas menghadiri perbicaraan di Dewan Mahkamah sebagai tugas hakikinya. Kadar 6. Kadar bagi Bantuan Pakaian Jubah Mahkamah adalah RM750.00 bagi setiap tiga (3) tahun.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy