23 b) bertanggungjawab mengendalikan alatan yang perlu ditempatkan di persekitaran di bawah suhu 20°C. Kadar 6. Kadar bagi Kemudahan Bantuan Pakaian Panas Tempat Kerja adalah RM200.00 sekali dalam tempoh tiga (3) tahun. 7. Kadar ini berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024. Pegawai yang telah membuat tuntutan sebelum tarikh kuat kuasa ini adalah tertakluk kepada kadar dan syarat terdahulu. Syarat-syarat 8. Pegawai yang layak diberi Kemudahan Bantuan Pakaian Panas Tempat Kerja ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut: a) bertugas sepenuh masa di persekitaran kerja di bawah suhu 20°C dan bertanggungjawab mengendalikan alatan yang perlu diselenggara di bawah suhu 20°C; b) kemudahan ini diberikan sekali dalam tempoh tiga (3) tahun. Tuntutan berikutnya hanya dibenarkan selepas tiga (3) tahun daripada tarikh kelulusan sebelumnya; c) Pegawai boleh membeli sendiri pakaian panas berkenaan dan menuntut bayaran balik perbelanjaan dengan mengemukakan resit pembelian; dan d) Pemberian kemudahan ini hendaklah dicatatkan di dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 9. Ketua Jabatan adalah bertanggungjawab untuk menentukan hanya pegawai yang layak sahaja diberi kemudahan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan serta mematuhi tatacara kewangan yang berkuat kuasa dan peruntukan kewangan jabatan yang mencukupi. TARIKH KUAT KUASA 10. Ceraian ini berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy