22 CERAIAN SR.1.1.5 KEMUDAHAN BANTUAN PAKAIAN PANAS TEMPAT KERJA TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan Kemudahan Bantuan Pakaian Panas Tempat Kerja kepada Pegawai Perkhidmatan Awam (dahulu dikenali sebagai Kemudahan Bayaran Pakaian Panas Bilik Komputer). LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah memperuntukkan Kemudahan Bayaran Pakaian Panas Bilik Komputer melalui Surat Edaran JPA(S)63/38/2/(30) bertarikh 22 Mei 1995 kepada Operator Komputer dan Operator Mesin Prosesan Data yang bertugas sepenuh masa di bilik komputer yang sentiasa diselenggara di paras suhu kurang 20°C. 3. Selaras dengan perkembangan teknologi semasa serta peningkatan kepada kesejahteraan pegawai dalam pelaksanaan tugas, Kerajaan telah memperluaskan pemberian kemudahan ini kepada beberapa skim perkhidmatan antaranya Juruteknik Komputer, Penolong Pegawai Sistem Maklumat, Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara, Pembantu Kawalan Trafik Udara, Pembantu Meteorologi, Pegawai Laut, Penolong Pegawai Laut, Pembantu Laut dan Operator Wayarless yang bertugas di Bilik Komputer, Bilik Server atau Bilik Operasi yang perlu diselenggara di bawah suhu 20°C. 4. Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 - Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, Kerajaan bersetuju untuk menambah baik syarat kelayakan dan kadar kemudahan ini supaya ianya kekal relevan dengan keperluan semasa. PELAKSANAAN Kelayakan 5. Kemudahan Bantuan Pakaian Panas Tempat Kerja layak diberikan kepada pegawai seperti berikut : a) bertugas sepenuh masa di persekitaran kerja di bawah suhu 20°C; dan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy