19 CERAIAN SR.1.1.4 KEMUDAHAN BANTUAN BAJU KOT TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan Kemudahan Bantuan Baju Kot kepada Pegawai Perkhidmatan Awam. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah memperuntukkan Kemudahan Bayaran Baju Kot Kepada Pegawai Yang Bertugas Di Mahkamah melalui Surat Edaran JPA(S)1852/2A/Klt.6/(58) bertarikh 9 September 1996 dan penambahbaikan kadar melalui Surat Edaran JPA.SARAAN(S)1852/2A Klt. 11(37) bertarikh 8 Mei 2017. 3. Pada tahun 2005, Kerajaan telah menyediakan Bantuan Pakaian Blazer kepada Pegawai Khidmat Pelanggan Yang Bertugas Di Kaunter Telefonis/ Penyambut Tetamu di beberapa Kementerian/ Jabatan/ Agensi. 4. Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 - Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, Kerajaan bersetuju untuk mewujudkan Kemudahan Bantuan Baju Kot dengan menggabungkan Kemudahan Bayaran Baju Kot Kepada Pegawai Yang Bertugas Di Mahkamah dan Bantuan Pakaian Blazer kepada Pegawai Khidmat Pelanggan Yang Bertugas Di Kaunter Telefonis/ Penyambut Tetamu. PELAKSANAAN Kelayakan 5. Kemudahan Bantuan Baju Kot diperuntukkan kepada: a. Pegawai yang menjalankan tugas rasmi di Dewan Mahkamah sebagai tugas hakikinya termasuk pegawai yang diarah menjalankan tugas berkenaan secara penanggungan kerja dan disyaratkan memakai Baju Kot; atau b. Pegawai yang bertugas di kaunter khidmat pelanggan secara bersemuka dan merupakan tugas hakiki pegawai.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy