12 SR.1.1.4 4. Pegawai Pengawal adalah bertanggungjawab untuk memastikan syarat-syarat di atas dipatuhi dan kelulusan yang diberi juga adalah tertakluk kepada peruntukan kewangan Jabatan yang mencukupi serta mematuhi tatacara kewangan yang berkuat kuasa. PEMBATALAN 5. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini, Surat Edaran seperti di bawah adalah dibatalkan. a) Surat Edaran JPA(S)1852/2A Klt.6(58) bertarikh 9 September 1996: Bayaran Baju Kot Kepada Pegawai Yang Bertugas di Mahkamah; dan b) Surat Edaran JPA.SARAAN (S)1852/2A Klt.11 (37) bertarikh 8 Mei 2017: Bayaran Baju Kot Kepada Pegawai Yang Bertugas Di Mahkamah. PEMAKAIAN 6. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy