15 TANGGUNGJAWAB PUSAT TANGGUNGJAWAB 12. Pusat Tanggungjawab (PTJ) bertanggungjawab dalam memastikan: a) Bantuan Upah Jahit dibayar dalam tempoh dua (2) bulan selepas kain dibekalkan kepada pegawai; b) Bantuan Upah Jahit disempurnakan dalam tahun kewangan semasa dan baki peruntukan dalam tahun kewangan semasa adalah mencukupi; c) bagi pembayaran Bantuan Upah Jahit yang tidak dapat dibuat dalam tahun semasa, peraturan kewangan yang berkuat kuasa hendaklah dipatuhi; dan d) Senarai Pegawai Yang Layak Menerima Bantuan Upah Jahit telah disediakan dan disahkan oleh Ketua Jabatan dengan mengandungi butir- butir maklumat seperti format di Lampiran SR.1.1.2(A). TANGGUNGJAWAB PEGAWAI 13. Pegawai-pegawai yang dibekalkan PS atau PKT hendaklah memakai pakaian tersebut dengan kemas, bersih dan berada dalam keadaan baik semasa menjalankan tugas untuk menjaga imej Perkhidmatan Awam. 14. Pegawai perlu menandatangani pengesahan seperti format di Lampiran SR.1.1.2(A) sebagai pembuktian PS/ PKT baharu telah siap dijahit. 15. Pegawai perlu memastikan PS atau PKT yang dijahit/ ditempah adalah memenuhi reka bentuk dan spesifikasi yang ditetapkan oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi mengikut perkhidmatan masing-masing. TARIKH KUAT KUASA 16. Ceraian ini berkuat kuasa mulai 1 Disember 2024. PEMBATALAN 17. Dengan berkuat kuasanya Ceraian ini, PPSM Versi 1.0 (2022) Ceraian SR.1.1.2 adalah dibatalkan.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy