Kemudahan Pakaian Dalam Perkhidmatan Awam

14  melaksanakan kaedah pembekalan seperti di perenggan 5(c) di atas; b) setiap pegawai layak diberi Bantuan Upah Jahit terhad kepada tiga (3) pasang pakaian dalam setiap tahun kalendar bagi PS atau maksimum sehingga tiga (3) pasang pakaian dalam setiap tahun kalendar bagi PKT; c) bagi pegawai yang dibekalkan PS siap dijahit yang kurang daripada tiga (3) pasang dalam setahun, layak menerima Bantuan Upah Jahit untuk baki bilangan pakaian seragam yang dibekalkan kain; dan d) bagi pegawai yang dibekalkan PKT siap dijahit yang kurang daripada jumlah yang diluluskan dalam setahun, layak menerima Bantuan Upah Jahit untuk baki bilangan PKT yang dibekalkan kain. 10. Bantuan Upah Jahit tidak layak diberikan kepada: a) pegawai yang dibekalkan PS atau PKT siap dijahit; atau b) pegawai yang dibekalkan kain dan perolehan perkhidmatan jahitan diuruskan secara berasingan oleh Kementerian/ Jabatan/ Agensi mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa termasuk kontrak pusat. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 11. Ketua Jabatan bertanggungjawab: a) mengenal pasti pegawai yang terlibat dan layak untuk diberi Bantuan Upah Jahit; b) menyedia dan mengesahkan Senarai Pegawai Yang Layak Menerima Bantuan Upah Jahit dengan mengandungi butir-butir maklumat seperti format di Lampiran SR.1.1.2(A); c) memastikan bekalan kain dibuat pada tempoh yang munasabah supaya PS dan PKT dapat disiapkan dalam waktu yang diperlukan; dan d) memastikan pegawai yang dibekalkan PS atau PKT memakai pakaian tersebut dengan kemas, bersih dan berada dalam keadaan baik semasa menjalankan tugas.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy