12 CERAIAN SR.1.1.2 BANTUAN UPAH JAHIT TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan menetapkan pemberian Bantuan Upah Jahit. Ini adalah sebagai ganti bayaran balik upah jahit kepada Pegawai Perkhidmatan Awam di bawah agensi yang mendapatkan kain berkualiti mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa dan mengagihkan kepada pegawai supaya pegawai menguruskan sendiri jahitan pakaian berkenaan dengan bantuan upah jahit. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan mulai 1 April 2014 telah bersetuju dengan pemberian Bantuan Upah Jahit bagi pembekalan pakaian seragam melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2014: Bantuan Upah Jahit dan pindaannya di Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian SR.1.1.2: Bantuan Upah Jahit. 3. Bantuan Upah Jahit diperkenalkan bagi menangani isu tuntutan bayaran balik upah jahit yang disokong dengan resit. Keputusan ini terpakai bagi agensi yang menggunakan kaedah pembekalan pakaian seragam seperti di perenggan 5(c) di bawah. 4. Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 - Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, Kerajaan bersetuju agar dasar kemudahan pakaian seragam disusun semula supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan teratur. 5. Dari segi kaedah pembekalan pakaian seragam, terdapat tiga (3) kaedah sebagaimana diperuntukkan di bawah Pekeliling Perbendaharaan Malaysia WP 2.3 Perenggan 3: Peraturan Bekalan Pakaian Seragam Serta Kemudahan dan Kadar Bekalan Kasut Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam, iaitu: a) agensi menguruskan pembekalan pakaian seragam yang siap dijahit dari kain berkualiti mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa; atau b) agensi menguruskan pembekalan kain berkualiti dan perolehan perkhidmatan jahitan secara berasingan yang diuruskan oleh kementerian/ jabatan mengikut prosedur perolehan yang berkuat kuasa; atau
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy