9 15. Sebarang pindaan ke atas reka bentuk, warna dan aksesori PS atau PKT perlu dirujuk terus kepada Jawatankuasa yang sama di BIUPA dan Kementerian Kewangan Malaysia sekiranya melibatkan implikasi kewangan. PERATURAN PEMBEKALAN PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN KEPERLUAN TUGAS 16. Pembekalan PS dan PKT kepada pegawai hendaklah mematuhi prosedur perolehan dan peraturan kewangan semasa yang ditetapkan melalui Pekeliling Perbendaharaan WP 2.3: Peraturan Bekalan Pakaian Seragam Serta Kemudahan Dan Kadar Bekalan Kasut Kepada Pegawai Perkhidmatan Awam dan pindaannya dari semasa ke semasa. 17. Pemberian Bantuan Upah Jahit adalah terpakai dalam pembekalan PS dan PKT berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa. 18. Urusan pembekalan PS dan PKT kepada Pegawai Perkhidmatan Awam hendaklah dibuat sebelum akhir bulan April setiap tahun. TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 19. Ketua Jabatan hendaklah: a. memastikan kelulusan pemakaian Kemudahan PS atau PKT diperolehi daripada JPA sebelum membuat pembekalan pakaian kepada pegawai; b. memastikan kelulusan reka bentuk, warna dan aksesori diperolehi daripada BIUPA sebelum membuat pembekalan pakaian kepada pegawai; c. memastikan bekalan PS dan PKT dibuat dalam tempoh waktu yang ditetapkan; dan
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy