8 Komponen 9. Komponen bagi PKT adalah pakaian (baju, seluar, kain), vest, topi/ songkok/ tudung dan/atau kasut. Komponen yang layak bagi pegawai adalah mengikut kelulusan yang diberikan. Kuantiti 10. Jumlah PKT yang dibekalkan adalah maksimum tiga (3) pasang pakaian dan/ atau dua (2) pasang kasut setiap tahun. PEMAKAIAN KELULUSAN TERDAHULU 11. Pegawai yang telah dibekalkan PS dan baju vest sebelum pelaksanaan Ceraian ini adalah terus menerima kemudahan ini dan akan dikategorikan mengikut perenggan 4 serta tertakluk kepada peruntukan di Ceraian ini. Surat kelulusan baharu mengikut kategori ini akan dikeluarkan oleh JPA bagi pelaksanaan dalam SSPA. TATACARA PERMOHONAN 12. Permohonan PS atau PKT kepada pegawai yang belum menikmati kemudahan ini perlu dirujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). 13. Jabatan/ Agensi perlu mengemukakan permohonan kemudahan PS dan PKT kepada JPA melalui Kementerian mengikut format seperti di Lampiran SR.1.1.1(A). 14. Setelah mendapat kelulusan daripada JPA, Jabatan/ Agensi perlu mengemukakan permohonan reka bentuk, warna dan aksesori bagi PS atau PKT yang baharu kepada Jawatankuasa Penyelarasan Pakaian Seragam bagi Pegawai Kerajaan dan Badan-Badan Berkanun yang diurusetiakan oleh Bahagian Istiadat dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA), Jabatan Perdana Menteri (JPM).
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy