7 KEMUDAHAN PAKAIAN SERAGAM Kelayakan dan Kriteria 5. Kemudahan Pakaian Seragam (PS) diberikan sebagai lambang kuasa kepada pegawai yang perkhidmatannya melibatkan pertahanan dan kedaulatan Negara, keselamatan dan ketenteraman awam seperti pasukan polis, tentera, bomba, kastam, imigresen dan lain-lain yang lazimnya memerlukan pakaian seperti bush jaket dan pakaian operasi. Komponen 6. Komponen bagi PS adalah pakaian (baju, seluar, kain), topi/ songkok/ tudung, tali pinggang/ tali leher dan kasut. Komponen yang layak bagi pegawai adalah tertakluk kepada kelulusan yang diberikan. Kuantiti 7. Jumlah PS yang dibekalkan adalah tiga (3) pasang pakaian berserta dua (2) pasang kasut setiap tahun. KEMUDAHAN PAKAIAN KEPERLUAN TUGAS Kelayakan dan Kriteria 8. Kemudahan Pakaian Keperluan Tugas (PKT) diberikan bagi tujuan perlindungan dan keselamatan diri serta pengenalan diri pegawai semasa bertugas di lapangan, makmal, bengkel atau yang setara. Ia juga memenuhi keperluan kod etika berpakaian yang ditetapkan untuk melaksanakan tugas.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy