6 CERAIAN SR.1.1.1 KEMUDAHAN PAKAIAN SERAGAM DAN PAKAIAN KEPERLUAN TUGAS TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk menjelaskan pelaksanaan Kemudahan Pakaian Seragam dan Pakaian Keperluan Tugas kepada Pegawai Perkhidmatan Awam. LATAR BELAKANG 2. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (PPSM) Ceraian SR.1.1.1 (2022): Peruntukan Bekalan Pakaian Seragam yang berkuat kuasa sehingga 30 November 2024 memperuntukkan kelayakan dan peraturan Kemudahan Pakaian Seragam kepada Pegawai Perkhidmatan Awam. Pemberian Kemudahan Pakaian Seragam adalah berdasarkan asas kelayakan iaitu sebagai lambang kuasa, perlindungan dan keselamatan diri serta kebersihan dan rupa. 3. Melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024 - Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan, Kerajaan bersetuju agar dasar kemudahan pakaian seragam disusun semula supaya ia dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan dan teratur. 4. Sehubungan itu, Kemudahan Pakaian Seragam sedia ada diperkemas kepada dua (2) kategori iaitu: a. Pakaian Seragam; dan b. Pakaian Keperluan Tugas.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy