Kemudahan-Kemudahan Lain

 6 dengan Kerajaan sama ada suri rumah, bekerja sendiri, atau bekerja di sektor swasta, dokumen atau keterangan berkaitan pendapatan perlu disahkan oleh Ketua Jabatan pegawai; dan (iii) salinan Sijil Kelahiran anak/salinan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara/dokumen pengesahan anak pelihara mengikut peruntukan undang-undang/dokumen menunjukkan hubungan dengan anak tiri, mengikut mana yang berkenaan. 9. Pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA hanya layak diberi kepada salah seorang pegawai sama ada suami atau isteri bagi setiap seorang anak. 10. Pegawai yang telah diluluskan subsidi yuran pengasuhan TASKA hendaklah mengemukakan semula salinan penyata gaji pegawai dan suami/isteri serta Sijil Kelahiran anak/ salinan Sijil Pengangkatan daripada Jabatan Pendaftaran Negara/dokumen pengesahan anak pelihara/anak tiri selewat-lewatnya pada 31 Disember setiap tahun kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai berkhidmat. Ini bagi melayakkan pegawai diberi pertimbangan untuk terus menerima pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA pada tahun berikutnya. 11. Bagi keadaan di mana pendapatan bulanan isi rumah pegawai melebihi RM7,000.00 sebulan, pegawai adalah bertanggungjawab memaklumkan sebarang perubahan gaji dengan mengemukakan salinan penyata gaji yang terkini kepada Ketua Jabatan dalam bulan tersebut. Pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA ini hendaklah diberhentikan berkuat kuasa mulai tarikh perubahan gaji pegawai tersebut. Kaedah pengiraan seperti di Lampiran SR.7.1.1(B). 12. Pegawai boleh menghantar anak ke TASKA di agensi selain daripada tempat kerjanya, dan layak memohon subsidi daripada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan masingmasing. 13. Soalan Lazim (FAQ) berkenaan pelaksanaan pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan TASKA di tempat kerja sektor awam kepada Pegawai Perkhidmatan Awam adalah seperti di Lampiran SR.7.1.1(C).

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy