Kemudahan-Kemudahan Lain

 5 (v) “TASKA” bermaksud Taman Asuhan Kanak-Kanak di tempat kerja sektor awam yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau mendapat pengecualian pendaftaran di bawah Seksyen 3(1)(b), Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) dan diselaraskan oleh Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan; dan (vi) “yuran” bermaksud yuran pengasuhan bulanan yang ditetapkan oleh pengusaha TASKA. PELAKSANAAN 4. Had kelayakan pendapatan bulanan isi rumah pegawai bagi tujuan pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA di tempat kerja sektor awam adalah tidak melebihi RM7,000.00 sebulan. 5. Pemberian kadar subsidi yang layak diberi adalah mengikut kadar yuran sebenar atau maksimum RM180.00 sebulan bagi seorang anak. Kadar subsidi ini dibayar terus kepada pengusaha TASKA oleh agensi di mana pegawai berkhidmat. Sekiranya yuran tersebut melebihi RM180.00, baki selebihnya ditanggung oleh pegawai berkenaan. 6. Pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA ini layak diberi kepada anak yang berumur bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke TASKA. 7. Bagi tahun kalendar di mana umur anak genap empat (4) tahun, subsidi yuran pengasuhan TASKA boleh diteruskan sehingga 31 Disember tahun kalendar. Sebagai contoh, sekiranya tarikh lahir anak adalah pada 24 Oktober 2023, maka pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA adalah sehingga 31 Disember 2027. 8. Pegawai hendaklah membuat permohonan kepada Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan di mana pegawai berkhidmat. Semua permohonan untuk mendapatkan subsidi hendaklah menggunakan Borang Permohonan Subsidi Yuran Pengasuhan TASKA Di Tempat Kerja Sektor Awam seperti di Lampiran SR.7.1.1(A). Permohonan hendaklah disokong oleh Ketua Jabatan agensi di mana pegawai berkhidmat dengan dikepilkan bersama: (i) salinan penyata gaji pegawai; (ii) salinan penyata gaji suami/isteri. Bagi suami/isteri yang tidak berkhidmat

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy