Kemudahan-Kemudahan Lain

 4 CERAIAN SR.7.1.1 SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (TASKA) DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk melaksanakan peraturan pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di tempat kerja sektor awam kepada Pegawai Perkhidmatan Awam. LATAR BELAKANG 2. Kerajaan telah bersetuju untuk meluluskan pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan TASKA di tempat kerja sektor awam kepada pegawai yang pendapatan bulanan isi rumah tidak melebihi RM7,000.00 sebulan dan menghantar anak atau anak-anak mereka ke TASKA di tempat kerja sektor awam. Pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA ini telah dinikmati mulai tahun 2007 dan dasar yang berkuat kuasa adalah diperuntukkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2023. TAFSIRAN 3. Dalam Ceraian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain- (i) “agensi” termasuklah kementerian atau jabatan Kerajaan dalam perkhidmatan awam; (ii) “anak” bermaksud anak kandung, anak tiri tanggungan, anak angkat, anak angkat de facto atau anak pelihara yang diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berumur bawah empat (4) tahun; (iii) “pegawai” bermaksud pegawai lantikan tetap, kontrak (Contract of Service) bertaraf warganegara Malaysia, sementara atau guru interim; (iv) “pendapatan bulanan isi rumah” bermaksud jumlah pendapatan sebulan bagi pegawai dan suami/isteri yang terdiri daripada gaji hakiki, gaji peminjaman, imbuhan-imbuhan tetap, elaun dan bayaran insentif kecuali bayaran balik/bayaran secara one-off atau bayaran secara tidak tetap;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy