Kemudahan-Kemudahan Lain

 17 CERAIAN SR.7.2.1 KEMUDAHAN BAYARAN BALIK LETAK KENDERAAN TUJUAN 1. Ceraian ini bertujuan untuk melaksanakan kemudahan Bayaran Balik Letak Kereta kepada Pegawai Perkhidmatan Awam. LATAR BELAKANG 2. Kemudahan Bayaran Balik Letak Kereta diperkenalkan semasa pelaksanaan Sistem Saraan Baru dan penjelasan pelaksanaannya melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 4 Tahun 1992 yang berkuat kuasa mulai 1 Januari 1992. Pada tahun 2009 melalui Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2009, Kerajaan bersetuju untuk menaikkan kadar kemudahan Bayaran Balik Letak Kereta daripada RM30.00 kepada RM90.00. 3. Mengambil kira kemudahan Bayaran Balik Letak Kereta turut dipanjangkan kepada penggunaan motosikal dalam menjalankan tugas rasmi maka kemudahan ini dipinda kepada kemudahan Bayaran Balik Letak Kenderaan. PELAKSANAAN 4. Kemudahan Bayaran Balik Letak Kenderaan adalah diberi dengan tujuan untuk membantu pegawai Perkhidmatan Awam yang disahkan oleh Ketua Jabatan perlu menggunakan kenderaan sendiri untuk menjalankan tugas rasmi dan menyewa petak letak kereta yang terletak di persekitaran pejabat. Dalam konteks ini, “menjalankan tugas rasmi” yang dimaksudkan adalah tugas yang berkaitan dengan tugas pejabat selain daripada menghadiri kursus yang dibenarkan yang memerlukan pegawai kerap kali keluar masuk pejabat. 5. Syarat-syarat bagi pegawai yang layak menuntut kemudahan Bayaran Balik Letak Kenderaan adalah seperti berikut: (i) pegawai perlu menyewa petak letak kereta atau motosikal yang terletak di persekitaran pejabat dan disewa secara bulanan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy