16 11. Encik Rahim dan Puan Sarah mempunyai dua (2) orang anak berumur bawah empat (4) tahun. Bolehkan Encik Rahim dan Puan Sarah memohon kemudahan subsidi yuran pengasuhan TASKA memandangkan pendapatan isi rumah adalah kurang RM7,000.00 sebulan? Pemberian subsidi yuran pengasuhan TASKA hanya layak diberi kepada salah seorang pegawai sama ada suami atau isteri bagi setiap seorang anak. Dalam perkara ini, (i) Encik Rahim atau Puan Sarah boleh memohon kemudahan subsidi yuran pengasuhan TASKA bagi kedua-dua anak; atau (ii) Encik Rahim boleh memohon subsidi yuran pengasuhan TASKA bagi seorang anak (anak sulung) ; dan (iii) Puan Sarah memohon subsidi yuran pengasuhan TASKA bagi seorang anak (anak kedua). 12. Adakah pegawai layak menikmati kemudahan subsidi yuran pengasuhan TASKA sekiranya sedang menggunakan kemudahan Cuti Separuh Gaji atau Cuti Tanpa Gaji? Tidak layak. 13. Bilakah pegawai perlu memperbaharui permohonan subsidi yuran pengasuhan TASKA? Pegawai perlu mengemukakan semula salinan penyata gaji terkini pegawai dan suami/isteri serta dokumen berkaitan sebelum 31 Disember setiap tahun kepada bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di mana pegawai berkhidmat.
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy