Kemudahan-Kemudahan Lain

 14 Lampiran SR.7.1.1 (C) SOALAN LAZIM (FAQ) SUBSIDI YURAN PENGASUHAN TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (TASKA) DI TEMPAT KERJA SEKTOR AWAM 1. Apakah yang dimaksudkan dengan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di tempat kerja sektor awam? TASKA di tempat kerja sektor awam yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau mendapat pengecualian pendaftaran di bawah Seksyen 3(1)(b), Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) dan diselaraskan oleh Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan. 2. Adakah TASKA yang terletak di kawasan perumahan atau kediaman kuarters Kerajaan layak untuk menerima subsidi ini? Tidak layak kerana TASKA yang terletak di kawasan perumahan atau kediaman kuarters Kerajaan tidak memenuhi tafsiran TASKA yang beroperasi di tempat kerja sektor awam seperti mana yang dinyatakan dalam Ceraian SR.7.1.1. 3. Adakah pegawai layak memohon kemudahan subsidi yuran pengasuhan sekiranya TASKA berada di tempat kerja sektor awam, namun tidak diuruskan atau diselaraskan oleh agensi Kerajaan. Sebagai contoh, TASKA dikendalikan oleh pengusaha bangunan (operator building). Tidak layak kerana tidak memenuhi tafsiran TASKA seperti mana yang dinyatakan dalam Ceraian SR.7.1.1 iaitu TASKA ini tidak diselaraskan oleh Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan. 4. Pegawai telah memohon subsidi yuran pengasuhan TASKA untuk anak yang berumur 2 tahun. TASKA tersebut terletak di kawasan deretan rumah kedai yang turut disewa oleh agensi Kerajaan serta swasta dan diselaraskan oleh agensi Kerajaan yang menyewa di rumah kedai berkenaan. Apakah pegawai layak memohon subsidi yuran TASKA? Layak kerana TASKA beroperasi di tempat kerja sektor awam dan diselaraskan oleh Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy