Kemudahan-Kemudahan Lain

 12 Lampiran SR.7.1.1(B) Contoh 1: Pegawai Diberi Pergerakan Gaji Tahunan dan Pelarasan Gaji (a) Encik Harith, Pegawai Teknologi Maklumat Gred F9 lantikan 2025 (TPG pada 1 Januari) dan isterinya Puan Nurul, Pegawai Pertanian Gred G9 lantikan 2025 (TPG pada 1 Julai) dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah adalah seperti berikut: Gaji Hakiki (RM) ITP (RM) ITKA (RM) BISH (RM) JUMLAH (RM) Encik Harith 2,580.00 300.00 300.00 250.00 3,430.00 Puan Nurul 2,580.00 300.00 300.00 250.00 3,430.00 JUMLAH PENDAPATAN ISI RUMAH 6,860.00 Pegawai adalah layak untuk memohon subsidi yuran pengasuhan TASKA kerana had pendapatan isi rumah adalah kurang RM7,000.00 pada tahun 2025. (b) Pada Januari 2026, gaji hakiki Encik Harith adalah RM2,985.60 dan Puan Nurul adalah RM2,760.60 susulan pelarasan gaji fasa 2 di bawah pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) dan pergerakan gaji tahunan 2026 (En Harith) menjadikan jumlah pendapatan bulanan isi rumah yang baharu adalah seperti berikut: Gaji Hakiki (RM) ITP (RM) ITKA (RM) BISH (RM) JUMLAH (RM) Encik Harith RM2,985.60 300.00 300.00 250.00 3,835.60 Puan Nurul RM2,760.60 300.00 300.00 250.00 3,610.60 JUMLAH PENDAPATAN ISI RUMAH 7,446.20 Pegawai tidak layak diberikan kemudahan subsidi yuran pengasuhan TASKA mulai Januari 2026 kerana had pendapatan isi rumah adalah melebihi RM7,000.00.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy