Kemudahan-Kemudahan Lain

 7 TANGGUNGJAWAB KETUA JABATAN 14. Ketua Jabatan hendaklah menamakan seorang pegawai dari Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi masingmasing yang bertanggungjawab berkaitan perkara-perkara berikut: (i) penubuhan Jawatankuasa TASKA yang terdiri daripada wakil agensi, pengusaha TASKA, wakil ibu bapa/penjaga, wakil Majlis Bersama Jabatan dan wakil-wakil lain jika perlu. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Setiausaha Bahagian Sumber Manusia/Pengarah Bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi; (ii) pematuhan kepada undang-undang TASKA yang berkuat kuasa; dan (iii) penentuan kelayakan pegawai bagi penerimaan subsidi yuran pengasuhan TASKA berdasarkan peraturan yang berkuat kuasa. PEMBATALAN 15. Dengan berkuatkuasanya Ceraian ini Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2023: Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak Di Tempat Kerja Sektor Awam adalah dibatalkan. PEMAKAIAN 16. Tertakluk kepada penerimaannya oleh pihak berkuasa masing-masing, Ceraian ini pada keseluruhannya dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan. KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy