Kemudahan Cuti

 71 TINDAKAN PENALTI KEPADA PENERIMA KEMUDAHAN CUTI BELAJAR DENGAN BIASISWA 47. Tindakan penalti akan dikenakan ke atas pegawai yang menerima kemudahan cuti belajar dengan biasiswa dan telah dikenakan tindakan tuntutan ganti rugi berdasarkan kepada asas-asas yang berikut: (i) sebagai instrumen kawalan untuk mengurangkan bilangan pegawai yang gagal menamatkan pengajian; (ii) pegawai mendapat faedah kekananan dan faedah persaraan semasa cuti belajar; dan (iii) kerugian Kerajaan dari segi kos langsung iaitu biasiswa dan gaji serta kos melepas iaitu tiada hasil/ produktiviti semasa pegawai cuti belajar. 48. Tindakan penalti yang dikenakan hendaklah berdasarkan kepada keadaan- keadaan yang berikut: (i) Masalah Disiplin / Gagal Mengemukakan Bukti Tamat Kursus (a) tidak layak dipertimbangkan kemudahan cuti belajar sepanjang tempoh perkhidmatan; dan (b) tidak layak ditawarkan biasiswa dalam perkhidmatan sepanjang tempoh perkhidmatan. (ii) Menarik diri (a) tidak layak dipertimbangkan kemudahan cuti belajar sehingga pegawai menyelesaikan keseluruhan ganti rugi dan menyempurnakan keseluruhan tempoh ikatan berkhidmat sepertimana yang diperuntukkan di dalam perjanjian yang berkuat kuasa ke atasnya. Kemudahan cuti belajar yang seterusnya adalah terhad kepada institusi awam dalam negara sahaja; dan (b) tidak layak ditawarkan biasiswa dalam perkhidmatan sepanjang tempoh perkhidmatan. (iii) Kelemahan Akademik (a) tidak layak dipertimbangkan kemudahan cuti belajar bergaji penuh sehingga pegawai menyelesaikan keseluruhan ganti rugi dan menyempurnakan keseluruhan tempoh ikatan berkhidmat

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy