Kemudahan Cuti

 70 yang dialami oleh pegawai semasa dalam tempoh cuti belajar, atas permohonan pegawai, tertakluk kepada pematuhan syarat- syarat yang berikut: i. telah mendapat perakuan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan pengesahan oleh Pakar Perubatan Kerajaan bahawa pegawai menghidap penyakit kronik; dan ii. pegawai telah diberi peluang menangguhkan kursus kerana cuti sakit bergaji penuh maksimum 24 bulan menurut Perintah Am 31 Bab C (Cuti) Tahun 1974. (b) Senarai penyakit kronik adalah seperti di Lampiran SR.5.1.8(H) . (c) Pegawai yang pernah diberikan pengecualian ganti rugi disebabkan oleh penyakit kronik yang dialami semasa mengikuti kursus terdahulu layak memohon kemudahan cuti belajar setelah menyempurnakan keseluruhan tempoh ikatan berkhidmat dan setelah mendapat perakuan oleh Pegawai Perubatan Kerajaan serta pengesahan oleh Pakar Perubatan Kerajaan bahawa pegawai telah sihat sepenuhnya dan berupaya untuk mengikuti kursus. (ii) Dibersarakan Atas Sebab Kesihatan (a) Pengecualian ganti rugi boleh dipertimbangkan sekiranya pegawai dibersarakan atas sebab kesihatan yang disebabkan oleh kelemahan akal atau tubuh yang menjadi kekal. (b) Sekiranya pegawai masih mempunyai baki ganti rugi, maka baki ganti rugi tersebut boleh dipertimbangkan untuk dihapus kira mengikut tatacara kewangan dan tertakluk kepada undang- undang, peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling semasa yang berkuat kuasa. (iii) Meninggal Dunia Sekiranya pegawai telah meninggal dunia, maka ganti rugi tersebut boleh dipertimbangkan untuk dihapus kira mengikut tatacara kewangan dan tertakluk kepada undang-undang, peraturan-peraturan dan pekeliling-pekeliling semasa yang berkuat kuasa.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy