Kemudahan Cuti
69 PENGURANGAN GANTI RUGI 45. Pengurangan ganti rugi adalah tidak dibenarkan melainkan dalam keadaan- keadaan yang berikut: (i) Kelemahan Akademik / Gagal Mengemukakan Bukti Tamat Kursus Bayaran ganti rugi sekurang-kurangnya 25% daripada kadar yang ditetapkan di dalam perjanjian. (ii) Meletak Jawatan / Persaraan Pilihan Dalam Tempoh Ikatan Berkhidmat (a) Pengurangan nilai tuntutan ganti rugi hanya dibenarkan sekiranya pegawai telah menyempurnakan separuh daripada tempoh ikatan berkhidmat sebagaimana yang ditetapkan dalam Lampiran SR.5.1.8(E) , mengikut tempoh kursus yang mana berkenaan, berdasarkan pengiraan formula yang berikut: Jumlah tuntutan ganti rugi X Baki tempoh ikatan berkhidmat (bulan) Tempoh ikatan berkhidmat (bulan) Simulasi pengiraan pengurangan nilai tuntutan ganti rugi adalah seperti di Lampiran SR.5.1.8(F) . (b) Sekiranya pegawai memohon kelulusan untuk persaraan pilihan, Ketua Jabatan hendaklah menyemak baki tempoh ikatan berkhidmat pegawai terlebih dahulu sebelum memanjangkan permohonan persaraan pilihan tersebut kepada Bahagian Pencen, JPA selaras dengan Ceraian PP.1.2.11: Garis Panduan Bagi Syarat Dan Prosedur Berkaitan Urusan Persaraan Pilihan Termasuk Untuk Menjadi Calon Pilihan Raya Oleh Pegawai Berpencen . PENGECUALIAN GANTI RUGI 46. Kerajaan boleh mempertimbangkan pengecualian ganti rugi ke atas keseluruhan atau baki jumlah ganti rugi dalam keadaan-keadaan yang berikut: (i) Penyakit Kronik (a) Pengecualian tuntutan ganti rugi boleh dipertimbangkan kepada pegawai yang tidak berupaya menamatkan kursus dengan jaya dalam tempoh yang ditetapkan disebabkan oleh penyakit kronik
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy