Kemudahan Cuti

 67 atau syarat siswazah atau syarat tamat program yang ditetapkan dan ditamatkan oleh institusi; (iv) meletak jawatan atau bersara pilihan atau meninggalkan perkhidmatan atau ditamatkan perkhidmatan dalam tempoh cuti belajar; dan/atau (v) apa-apa pelanggaran syarat dalam surat tawaran dan/atau perjanjian dalam tempoh cuti belajar. 32. Tindakan tatatertib boleh diambil terhadap pegawai sekiranya pegawai didapati tidak melapor diri bertugas sebaik sahaja tamat cuti belajar atau pada tarikh pegawai diarah melapor diri bertugas. 33. Penamatan kemudahan cuti belajar akan mengakibatkan pegawai dikenakan tindakan tuntutan ganti rugi. TUNTUTAN GANTI RUGI 34. Kegagalan pegawai mematuhi syarat-syarat dalam surat tawaran, dokumen perjanjian atau pegawai melakukan apa-apa perlanggaran terma dan syarat cuti belajar, akan mengakibatkan kemudahan cuti belajar ditamatkan dan pegawai dikenakan tuntutan ganti rugi. 35. Jumlah tuntutan ganti rugi hendaklah mengikut kadar yang ditetapkan seperti di Lampiran SR.5.1.8(E) . Jumlah ganti rugi berdasarkan kos sebenar merujuk kepada segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan oleh Kerajaan termasuklah apa-apa yuran, elaun dan kemudahan yang diberikan kepada pegawai. 36. Bagi pegawai yang telah menerima kemudahan cuti belajar dengan biasiswa dan dikenakan tindakan tuntutan ganti rugi, tindakan penalti akan turut dikenakan ke atas pegawai selaras dengan perenggan 47 di bawah. 37. Ketua Jabatan hendaklah merekodkan tuntutan ganti rugi atau tuntutan ganti rugi dengan penalti, mengikut mana-mana yang mana berkenaan, dalam buku rekod perkhidmatan pegawai seperti yang berikut: (i) Tuntutan ganti rugi “Pegawai dikenakan tuntutan ganti rugi sebanyak RM (nilai ganti rugi) kerana telah (nyatakan asas tuntutan ganti rugi merujuk perenggan 31(i) hingga (iv)) .”.

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy