Kemudahan Cuti

 66 berkhidmat dalam tempoh 60 hari dari tarikh mula dilantik. 26. Pemindahan ikatan berkhidmat hendaklah mengikut ketetapan seperti dalam Ceraian SM.2.1.3: Pemindahan Kontrak Pemegang-Pemegang Biasiswa/ Dermasiswa Persekutuan/ Hadiah Latihan Persekutuan. 27. Pegawai yang gagal membuat pemindahan ikatan berkhidmat dalam tempoh tersebut boleh dikenakan tindakan tuntutan ganti rugi . 28. Pemantauan ke atas baki tempoh ikatan berkhidmat selepas pemindahan ikatan berkhidmat adalah dibawah tanggungjawab agensi yang menerima pemindahan kontrak pegawai berkenaan. 29. Pelepasan ikatan berkhidmat layak dipertimbangkan kepada pegawai yang telah menyempurnakan semua tempoh ikatan berkhidmat sepertimana yang diperuntukkan di dalam perjanjian yang berkuat kuasa ke atasnya. 30. Sekiranya pegawai meletak jawatan atau bersara pilihan atau meninggalkan perkhidmatan atau ditamatkan perkhidmatan dalam tempoh ikatan berkhidmat, pegawai akan dikenakan tindakan tuntutan ganti rugi. PENAMATAN CUTI BELAJAR 31. Pihak Berkuasa Melulus boleh pada bila-bila masa boleh menamatkan cuti belajar serta mengarahkan pegawai untuk kembali lapor diri bertugas sekiranya pegawai melakukan mana-mana satu atau apa-apa gabungan keadaan yang berikut: (i) terlibat dengan masalah disiplin seperti yang berikut: (a) dikenakan tindakan tatatertib; (b) dituduh di Mahkamah atas apa-apa pelanggaran undang-undang yang berkuat kuasa dan pegawai disabitkan dengan kesalahan itu; atau (c) melanggar peraturan yang berkuat kuasa di institusi dan pegawai ditamatkan kursus oleh institusi. (ii) menarik diri daripada mengikuti kursus setelah kursus bermula tanpa mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Melulus terlebih dahulu; (iii) menunjukkan kelemahan akademik apabila tidak mencapai markah lulus

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy