Kemudahan Cuti
65 (ii) CBBPTB; (iii) CBTGDB; (iv) CBTGTB. FAEDAH PERSARAAN 19. Apa-apa tempoh cuti belajar yang diluluskan hendaklah disifatkan sebagai tempoh perkhidmatan yang boleh dimasuk kira bagi pengiraan faedah persaraan di bawah undang-undang pencen yang berkuat kuasa. 20. Bahagian Pencen, JPA berhak membetulkan apa-apa kesilapan perihal cuti belajar bagi tujuan perkiraan tempoh perkhidmatannya bagi tujuan persaraan. BUKTI TAMAT KURSUS 21. Pegawai hendaklah mengemukakan bukti tamat kursus setelah melengkapkan kursus berdasarkan tempoh seperti yang ditetapkan dalam Lampiran SR.5.1.8(B) . 22. Sekiranya pegawai telah tamat kursus namun gagal mengemukakan bukti tamat kursus dalam tempoh yang ditetapkan, pegawai akan dikenakan tindakan tuntutan ganti rugi. 23. Pegawai yang gagal menamatkan kursus dengan jayanya akan mengakibatkan cuti belajar pegawai ditamatkan dan pegawai akan dikenakan tindakan ganti rugi. Pegawai masih mempunyai obligasi untuk menyempurnakan tempoh ikatan berkhidmat. TEMPOH IKATAN BERKHIDMAT 24. Pegawai yang diluluskan kemudahan cuti belajar mempunyai obligasi untuk menyempurnakan tempoh ikatan berkhidmat dan akan bermula setelah pegawai tamat cuti belajar sama ada tamat kursus dengan jaya atau tidak. Ketua Jabatan hendaklah memastikan obligasi pegawai menyempurnakan tempoh ikatan berkhidmat direkodkan dalam buku rekod perkhidmatan pegawai sebagaimana perenggan 17 di atas. 25. Pegawai yang berkhidmat sebagai Setiausaha Politik, Anggota Pentadbiran Kerajaan, perkhidmatan dengan Badan-Badan Berkanun, Universiti-Universiti Tempatan dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah disifatkan sebagai perkhidmatan dengan Kerajaan bagi maksud memenuhi menyempurnakan ikatan kontrak berkhidmat. Oleh itu, pegawai dikehendaki membuat permohonan pemindahan ikatan
Made with FlippingBook
RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy