Kemudahan Cuti

 64 kepada Kerajaan dan pegawai bertanggungjawab memulangkan semula bayaran ini. (c) Emolumen termasuk gaji, elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan tertentu yang diterima oleh pegawai sebelum kelulusan CBTGDB akan dihentikan mengikut peraturan dan tatacara kewangan yang sedang berkuat kuasa. (d) Kadar elaun dan kemudahan bagi kursus yang diluluskan adalah berdasarkan ketetapan Kerajaan dari semasa ke semasa. (ii) Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa (CBTGTB) Pegawai yang memohon kemudahan CBTGTB boleh dipertimbangkan bagi menerima kemudahan CBTGTB sekiranya pegawai: (a) menerima tajaan lain. Permohonan tawaran tajaan lain perlu melalui Kementerian Luar Negeri sebelum dikemukakan kepada JPA selaras dengan Ceraian SM.2.1.1: Tawaran Latihan dan Biasiswa oleh Negara-Negara/ Yayasan-Yayasan dan Badan-Badan Asing dan Antarabangsa ; dan/atau (b) mempunyai keupayaan membiayai perbelanjaan yang berkaitan dengan kursus dalam tempoh pengajian. 16. Ketetapan mengenai kemudahan CBTG bagi mengikuti kursus pra perkhidmatan adalah berdasarkan Ceraian UP.1.3.5: Dasar dan Prosedur Mengikuti Kursus Pra Perkhidmatan Bagi Pegawai Yang Sedang Berkhidmat . 17. Ketua Jabatan hendaklah memastikan kelulusan kemudahan cuti belajar pegawai direkodkan dalam buku rekod perkhidmatan pegawai seperti yang berikut: “Pegawai diluluskan kemudahan (nyatakan kategori cuti belajar yang dinyatakan di dalam surat kelulusan cuti belajar) mulai (tarikh mula kelulusan cuti belajar) hingga (tarikh tamat kelulusan cuti belajar) dan Pegawai dikehendaki melengkapkan tempoh ikatan berkhidmat dengan Kerajaan bagi tempoh bulan mulai (tarikh lapor diri tamat cuti belajar) .” Turutan Kategori Cuti Belajar 18. Cuti belajar yang disediakan oleh Kerajaan dikategorikan berdasarkan kepada kemudahan yang disediakan mengikut turutan seperti yang berikut: (i) CBBPDB;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy