Kemudahan Cuti

 63 (vii) telah melepasi tempoh menunggu (grace period) selama tiga (3) tahun dari tarikh tamat kursus jangka sederhana / kursus jangka panjang di dalam atau luar negara yang terdahulu dengan jayanya; (viii) telah mendapat tempat di universiti/ institusi untuk mengikuti kursus yang diluluskan; (ix) mengikuti kursus yang diiktiraf oleh pihak yang berkenaan; (x) mempunyai keupayaan untuk membiayai perbelanjaan yang berkaitan dengan kursus yang akan diikuti; (xi) bebas daripada sebarang pertuduhan dan hukuman tatatertib. Bagi pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib, tempoh pegawai tidak layak dipertimbangkan kemudahan cuti belajar adalah berdasarkan jenis hukuman seperti di Lampiran SR.5.1.8(C); (xii) telah mengisytiharkan harta; (xiii) pegawai bukan merupakan peminjam tegar mana-mana pinjaman/ peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan pemberi pinjaman Kerajaan yang lain atau dalam tindakan tuntutan ganti rugi oleh JPA; dan (xiv) apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melulus dari semasa ke semasa. 15. Kemudahan CBTG dibahagikan kepada dua (2) kategori seperti yang berikut: (i) Cuti Belajar Tanpa Gaji Dengan Biasiswa (CBTGDB) (a) Pegawai yang memohon kemudahan CBTGDB boleh dipertimbangkan menerima kemudahan seperti yang berikut: i. biasiswa penuh atau sebahagian daripadanya; dan ii. elaun dan kemudahan seperti yang tersenarai di Lampiran SR.5.1.8(D) tertakluk kepada kelayakan semasa yang ditentukan. (b) Sekiranya pegawai menerima bayaran yang tidak berkelayakan dalam tempoh CBTGDB, bayaran tersebut akan dianggap sebagai hutang

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy