Kemudahan Cuti

 62 (b) mempunyai keupayaan membiayai perbelanjaan yang berkaitan dengan kursus dalam tempoh pengajian. Cuti Belajar Tanpa Gaji 13. Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG) ialah cuti yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus kepada seseorang pegawai untuk mengikuti kursus yang mana dalam tempoh cuti belajar, pegawai tidak dibayar gaji, imbuhan tetap dan elaun-elaun tertentu yang pegawai itu berkelayakan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan sama ada dengan biasiswa atau tanpa biasiswa. 14. Pegawai yang memenuhi syarat-syarat seperti yang berikut adalah layak untuk dipertimbangkan bagi kemudahan CBTG: (i) berkhidmat secara tetap; (ii) disahkan dalam skim perkhidmatan semasa; (iii) pegawai hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya enam (6) tahun sebelum dipertimbangkan kemudahan cuti belajar untuk mengikuti kursus bagi program berbentuk akademik. Namun, syarat ini dikecualikan untuk mengikuti kursus bagi program selain akademik; (iv) memperoleh markah purata penilaian prestasi tahunan sekurang- kurangnya 85% bagi tempoh genap dua tahun kalendar terkini, secara berturut-turut; (v) diperakukan oleh Ketua Jabatan di jabatan masing-masing dan/atau Ketua Perkhidmatan (Panel Pembangunan Sumber Manusia), mengikut yang mana berkenaan; (vi) berumur — (a) tidak melebihi 45 tahun untuk peringkat Sijil/ Diploma/ Ijazah Pertama/ Kedoktoran; (b) tidak melebihi 50 tahun untuk peringkat Sarjana, sama ada pada tarikh tutup permohonan atau tarikh memulakan kursus atau apa-apa tarikh yang ditetapkan Pihak Berkuasa Melulus, mengikut mana-mana yang berkenaan;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy