Kemudahan Cuti

 61 (xiii) pegawai bukan merupakan peminjam tegar mana-mana pinjaman, peminjam yang disenaraihitamkan oleh JPA atau badan-badan pemberi pinjaman Kerajaan yang lain atau dalam tindakan tuntutan ganti rugi oleh JPA; dan (xiv) apa-apa syarat lain yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melulus dari semasa ke semasa. 12. Kemudahan CBBP dibahagikan kepada dua (2) kategori seperti yang berikut: (i) Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan Biasiswa (CBBPDB) (a) Pegawai yang memohon kemudahan CBBPDB boleh dipertimbangkan menerima kemudahan seperti yang berikut: i. biasiswa penuh atau sebahagian daripadanya; dan ii. elaun dan kemudahan seperti yang tersenarai di Lampiran SR.5.1.8(D) tertakluk kepada kelayakan semasa yang ditentukan. (b) Sekiranya pegawai menerima bayaran yang tidak berkelayakan dalam tempoh CBBPDB, bayaran tersebut akan dianggap sebagai hutang kepada Kerajaan dan pegawai bertanggungjawab memulangkan semula bayaran itu. (c) Elaun dan kemudahan dalam perkhidmatan tertentu yang diterima oleh pegawai sebelum kelulusan CBBPDB akan dihentikan mengikut peraturan dan tatacara kewangan yang sedang berkuat kuasa. (d) Kadar elaun dan kemudahan bagi kursus yang diluluskan adalah berdasarkan ketetapan Kerajaan dari semasa ke semasa. (ii) Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB) Pegawai yang memohon kemudahan CBBPTB boleh dipertimbangkan untuk menerima kemudahan CBBPTB sekiranya pegawai — (a) telah diluluskan menerima tajaan lain. Permohonan tawaran tajaan lain perlu melalui Kementerian Luar Negeri sebelum dikemukakan kepada JPA selaras dengan Ceraian SM.2.1.1: Tawaran Latihan dan Biasiswa oleh Negara-Negara/ Yayasan-Yayasan dan Badan- Badan Asing dan Antarabangsa ; dan/atau

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy