Kemudahan Cuti

 60 (iv) memperoleh markah purata penilaian prestasi tahunan sekurang- kurangnya 85% bagi tempoh genap tiga tahun kalendar terkini, secara berturut-turut; (v) diperakukan oleh Ketua Jabatan di jabatan masing-masing dan/atau Ketua Perkhidmatan (Panel Pembangunan Sumber Manusia), mengikut mana- mana yang berkenaan; (vi) berumur — (a) tidak melebihi 45 tahun untuk peringkat Sijil/ Diploma/ Ijazah Pertama/ Kedoktoran; (b) tidak melebihi 50 tahun untuk peringkat Sarjana; (c) tidak melebihi 50 tahun untuk kursus jangka sederhana, sama ada pada tarikh tutup permohonan atau tarikh memulakan kursus atau apa-apa tarikh yang ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Melulus, mengikut mana-mana yang berkenaan; (vii) syarat had umur mengikuti kursus bagi program selain akademik ditentukan berdasarkan tempoh kursus dan tempoh ikatan berkhidmat; (viii) telah melepasi tempoh menunggu ( grace period ) selama tiga (3) tahun dari tarikh tamat kursus jangka sederhana / kursus jangka panjang di dalam atau luar negara yang terdahulu dengan jayanya; (ix) telah mendapat tempat di universiti / institusi untuk mengikuti kursus yang diluluskan; (x) mengikuti kursus yang diiktiraf oleh pihak yang berkenaan; (xi) bebas daripada sebarang pertuduhan dan hukuman tatatertib. Bagi pegawai yang dikenakan hukuman tatatertib, tempoh pegawai tidak layak dipertimbangkan kemudahan cuti belajar adalah berdasarkan jenis hukuman seperti di Lampiran SR.5.1.8(C) ; (xii) telah mengisytiharkan harta;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy