Kemudahan Cuti

 59 mesyuarat, bertugas di pejabat, memberi ceramah, menjadi panel temu duga atau apa-apa perkara lain yang melibatkan tugas rasmi pegawai; (xxi) tempoh cuti belajar dan tempoh mengemukakan bukti tamat kursus adalah seperti dalam Lampiran SR.5.1.8(B) ; (xxii) tiada pelanjutan dibenarkan bagi mana-mana kategori cuti belajar; (xxiii) pegawai hendaklah melapor diri dan kembali bertugas setelah tamat tempoh cuti belajar (dengan biasiswa atau tanpa biasiswa) yang diluluskan. Pegawai yang menamatkan kursus lebih awal sebelum tamat tempoh cuti belajar tersebut diwajibkan untuk kembali melapor diri bertugas selepas melengkapkan kursus. Tindakan tatatertib boleh diambil sekiranya pegawai gagal untuk melapor diri bertugas dalam mana-mana keadaan yang berkenaan; dan (xxiv) pegawai yang diluluskan kemudahan cuti belajar masih merupakan pegawai awam yang tertakluk kepada semua undang-undang dan peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa ke atasnya. KATEGORI CUTI BELAJAR 9. Kemudahan cuti belajar adalah berdasarkan dua (2) kategori berikut: Cuti Belajar Bergaji Penuh 10. Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP) ialah cuti yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus kepada seseorang pegawai untuk mengikuti kursus yang mana dalam tempoh cuti belajar, pegawai dibayar gaji, imbuhan tetap dan elaun-elaun tertentu yang pegawai itu berkelayakan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan sama ada dengan biasiswa atau tanpa biasiswa. 11. Pegawai yang memenuhi syarat-syarat seperti yang berikut adalah layak untuk dipertimbangkan bagi kemudahan CBBP: (i) berkhidmat secara tetap; (ii) disahkan dalam skim perkhidmatan semasa; (iii) pegawai hendaklah telah berkhidmat sekurang-kurangnya enam (6) tahun sebelum dipertimbangkan kemudahan cuti belajar untuk mengikuti kursus bagi program berbentuk akademik. Namun, syarat ini dikecualikan untuk mengikuti kursus bagi program selain akademik;

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy