Kemudahan Cuti

 58 (a) Sijil; (b) Diploma; dan (c) Ijazah Pertama. (xiv) semua kursus bagi program berbentuk akademik yang diikuti oleh pegawai hendaklah mempunyai akreditasi penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau badan akreditasi negara pengajian; (xv) kursus bagi program selain akademik bagi meningkatkan kompetensi pegawai boleh dipertimbangkan untuk ditaja oleh Kerajaan dengan syarat ia berkaitan dengan tugas pegawai dan tertakluk kepada keperluan skim perkhidmatan pegawai; (xvi) tarikh mula tempoh cuti belajar (dengan biasiswa atau tanpa biasiswa) yang diluluskan berdasarkan peringkat pengajian adalah seperti yang berikut: (a) sarjana (kerja kursus/campuran): bermula dari tarikh kelas/ kuliah bermula sehingga tarikh akhir peperiksaan, atau mana-mana tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan; atau (b) sarjana (penyelidikan) / kedoktoran: bermula dari tarikh pendaftaran sehingga tarikh akhir penghantaran tesis sebelum viva atau mana- mana tarikh yang ditetapkan oleh Kerajaan. (xvii) pegawai yang sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana dan kemudiannya ditawarkan oleh institusi untuk meneruskan pengajian ke peringkat kedoktoran, boleh dipertimbangkan naik taraf pengajian dan tidak tertakluk kepada tempoh menunggu serta tempoh cuti belajar diselaraskan; (xviii) tempoh cuti belajar tidak boleh diambil kira sebagai tempoh sedang berkhidmat bagi tujuan menyempurnakan tempoh ikatan berkhidmat yang terdahulu ataupun yang sedang berkuat kuasa ke atasnya; (xix) pegawai yang diluluskan kemudahan cuti belajar perlu menandatangani perjanjian dengan Kerajaan dan bertanggungjawab mematuhi terma dan syarat surat tawaran dan perjanjian. Kemudahan cuti belajar boleh ditamatkan sekiranya pegawai gagal mematuhi mana-mana terma dan syarat di dalam surat tawaran dan perjanjian; (xx) sepanjang tempoh cuti belajar, pegawai tidak dibenarkan untuk menjalankan apa-apa tugas rasmi yang berkaitan dengan jawatan yang pernah dipegang / disandang oleh pegawai itu termasuklah menghadiri

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy