Kemudahan Cuti

 57 (vi) pegawai yang berada dalam tempoh cuti belajar dan dikenakan hukuman tatatertib atau disabitkan kesalahan oleh mahkamah boleh ditamatkan cuti belajar; (vii) pegawai yang ingin memohon kemudahan cuti belajar bagi mengikuti kursus bagi program pengajian berbentuk akademik perlu memastikan kursus yang diikuti adalah di peringkat yang lebih tinggi daripada kelayakan akademik yang telah dimilikinya (rujuk Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau apa-apa dasar/peraturan yang dikeluarkan oleh agensi berkaitan); (viii) pegawai yang ingin memohon kemudahan cuti belajar bagi mengikuti kursus bagi program pengajian selain akademik adalah tidak tertakluk kepada peringkat kelayakan akademik (rujuk Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau apa-apa dasar/peraturan yang dikeluarkan oleh agensi berkaitan); (ix) pegawai layak mendapat kemudahan cuti belajar maksimum dua kali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatan untuk mengikuti kursus jangka panjang atau kursus jangka sederhana bagi program pengajian berbentuk akademik. Kelulusan kali kedua hanya boleh dipertimbangkan bagi peringkat pengajian akademik yang lebih tinggi; (x) tiada had maksimum pemberian kemudahan cuti belajar bagi pegawai yang mengikuti kursus jangka sederhana bagi program pengajian selain akademik; (xi) sekiranya skim perkhidmatan pegawai menetapkan sebagai syarat pengesahan dalam perkhidmatan, pegawai perlu mengikuti kursus asas secara sepenuh masa bagi tujuan pengesahan dalam perkhidmatan melebihi tempoh tiga (3) bulan, tempoh tersebut tidak dianggap sebagai cuti belajar; (xii) pegawai dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) boleh diberi kemudahan cuti belajar untuk mengikuti kursus bagi program pengajian berbentuk akademik di peringkat seperti yang berikut: (a) Sijil Pascasiswazah; (b) Diploma Pascasiswazah; (c) Sarjana; dan (d) Kedoktoran. (xiii) pegawai dalam Kumpulan Pelaksana boleh diberi kemudahan cuti belajar untuk mengikuti kursus bagi program pengajian berbentuk akademik di peringkat seperti yang berikut:

RkJQdWJsaXNoZXIy MTc1NDAy